Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
SEMUA PELAJAR
UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tuan/Puan,
HEBAHAN KURSUS JANGKA PENDEK “INTRODUCTION TO MATLAB” ANJURAN JABATAN KEJURUTERAAN, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS HAYAT (FKSH)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa Jabatan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) akan mengadakan Kursus Jangka Pendek “INTRODUCTION TO MATLAB” seperti butiran berikut:
Tarikh | : | 14 Februari 2025 (Jumaat) |
Masa | : | 8.45 pagi – 4.30 petang |
Lokasi | : | Makmal Komputer, FKSH Unisel Kampus Bestari Jaya, Selangor |
Pengajar | : | Ts. Dr. Hasliza Abu Hassan |
Sehubungan itu, staf dan pelajar yang berminat boleh membuat pendaftaran di pautan berikut: https://shorturl.at/gmGbr.
Yuran kursus ialah sebanyak RM60 bagi staf/pelajar Unisel dan RM120 bagi peserta luar. Para peserta akan diberikan pendedahan seperti Matlab Interface, Matrices, Declaring & Manipulating Variable, Plotting Graphs, Conditional Operators dan Functions. Sijil penyertaan, sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang akan disediakan.
Sekian, terima kasih.
HEBAHAN DARIPADA: FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS HAYAT