Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat Sejahtera.
SEMUA PELAJAR
UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Y.Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari
PERTANDINGAN REKA BENTUK ARCA SCULPTURE DESIGN CHALLENGE
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Jaringan Industri) bagi pihak Unisel kini membuka penyertaan untuk Pertandingan Reka Bentuk Arca bagi pembinaan sebuah mercu tanda di bulatan hadapan pintu masuk utama kampus Unisel Bestari Jaya.
Warga Unisel dan orang awam dialu-alukan untuk mengemukakan reka bentuk konseptual sebuah instalasi seni yang dapat melambangkan identiti dan keberadaan Unisel di Bestari Jaya.
Syarat Pertandingan
- Arca yang direka bentuk hendaklah mencitrakan mesej tentang pembangunan mampan dan kehijauan misalnya yang dapat dikaitkan dengan Tasik Perlindungan Burung, Tasik Tomanz atau taman-taman yang terdapat di dalam kampus.
- Sebagai kampus yang mengutamakan kemampanan, instalasi yang dicadangkan hendaklah bersifat mandiri, melibatkan penyelenggaraan dengan kos rendah dan penjagaan berjangka panjang.
- Reka bentuk arca hendaklah tidak menghalang atau mengganggu penglihatan pengguna jalan raya dengan dimensi instalasi dengan ketinggian tidak melebihi 4 meter dan keluasannya tidak melebihi 50 meter persegi.
- Reka bentuk yang dihasilkan hendaklah sesuai dengan nilai pembinaan arca yang dijangkakan dalam anggaran tidak melebihi RM100,000.00.
- Setiap penyertaan hendaklah dalam bentuk “conceptual design” yang mempunyai penerangan lengkap dan disertakan dengan maklumat peribadi pereka bentuk.
Hadiah pertandingan
· Hadiah Pertama: RM3,000.00
· Hadiah Kedua: RM2,000.00
· Hadiah Ketiga: RM1,000.00
· Tiga Hadiah Saguhati: RM500.00 setiap satu.
Tarikh-Tarikh Penting
· Tarikh Penyertaan Dibuka: 20 April 2024
· Tarikh Penyertaan Ditutup: 30 Julai 2024
Penghantaran Penyertaan
Penyertaan hendaklah dihantar kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Jaringan Industri. Sila hubungi Prof. Madya Dr. Fridelina Sjahrir di talian 013-3841945 atau emel tnc.akademik@unisel.edu.my untuk sebarang pertanyaan dan penghantaran penyertaan.
HEBAHAN DARIPADA :
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK , PENYELIDIKAN & JARINGAN INDUSTRI)