اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

dan Salam Sejahtera

 
HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP SISWA JOHOR UNTUK ANAK JOHOR SESI 2/2025
 

Permohonan Bantuan Laptop Siswa Johor untuk anak Johor di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kini dibuka.

Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan komputer riba kepada mahasiswa daripada keluarga B40 dalam usaha memperkasakan pendidikan generasi muda Negeri Johor. Bantuan laptop ini diberikan khas kepada pelajar Johor bagi menyokong kelancaran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Pelajar yang tidak berjaya pada sesi 1/2025 kini berpeluang membuat permohonan semula.

Permohonan adalah menerusi pautan rasmi dibuka hingga 18 September 2025:

https://bantuan-ypj.com/mohon_komputer.php

Antara syarat kelayakan ialah:
1. Lahir ATAU menetap di Negeri Johor (minima 5 tahun).
2. Kumpulan isi rumah B40.
3. Permohonan terbuka kepada Mahasiswa Anak Johor peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa sahaja.
4. Tahun 1 (Semester 1) kemasukan tahun 2025.
5. Permohonan terbuka kepada pelajar di peringkat Institusi Awam/Kerajaan dan Institusi Swasta.

Proses pemilihan dan tapisan akan dilaksanakan berdasarkan kelayakan. Pelajar yang berjaya akan dihubungi untuk pengambilan bantuan di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Tawaran adalah terhad dan pelajar berjaya akan dihubungi dengan penyerahan komputer riba dibuat melalui pejabat ADUN Kawasan.

 

 
 
.………………………..…………………………………………
Bahagian  Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (Pejabat HEP)
Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam
HEP Shah Alam : 03-5522 3478/3479
HEP Bestari Jaya : 03-3280 5027/5026