السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته
 
SEMUA STAF/PELAJAR
UNIVERSITI SELANGOR
 
Y. Bhg. Prof/Dr./Tuan/Puan,
 

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM TAHSIN QIRAAH AL-QURAN SIRI 10

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UNISEL akan menganjurkan Program Tahsin Qiraah Al-Quran Siri 10. Program ini bertujuan untuk memperkukuh bacaan al-Quran dalam kalangan warga UNISEL khususnya dalam aspek tajwid.

 

Sehubungan dengan itu, Pusat Islam berbesar hati menjemput semua staff dan pelajar Unisel menghadiri program ini seperti ketetapan berikut:

                  Tarikh    : 31 Oktober 2025 (Jumaat)

                   Masa    : 8:30 pagi – 9.30 pagi

Tempat : Bilik Kuliah Masjid Unisel, Kampus Bestari Jaya

 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung perkara ini, boleh menghubungi Pusat Islam UNISEL di talian 03-3280 5137 / 5135 / 5133 atau melalui email pusat_islam@unisel.edu.my.
 
Sekian, terima kasih.