Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI MYCENSUS WORLD STATSRUN VIRTUAL EDITION 2021 (MyCensusWSRVE2021)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia akan menganjurkan MYCENSUS WORLD STATSRUN VIRTUAL EDITION 2021 bersempena dengan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 tahun 2021. Program ini adalah terbuka untuk penyertaan semua peserta di dalam dan luar negara.

3.         Program MyCensusWSRVE2021 ini melibatkan program larian secara virtual seperti berikut:

4.         Sehubungan dengan itu, sukacita pihak kami memohon kerjasama dan bantuan pihak Tuan/Puan untuk menghebahkan MyCensusWSRVE2021 kepada semua kakitangan dan pelajar di Institut Pengajian Tuan/Puan. Tempoh pendaftaran adalah sehingga 28 Februari 2021 dan boleh dicapai melalui: https://cps4.me/MyCensus-World-Stats-Run-VR

5.         Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi Encik Mohd Ajmi bin Osman / 017-9191243, Puan Siti Fatimah binti Muhazir / 017-6838498, Puan Fatin Ezzati Mohd Aris / 013-3068240 dan Mohamad Ezzat Mohamad Rozali / 017-4445263 atau emel kepada worldstatsrun@dosm.gov.my.

6.         Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Urusetia MyCensusWSRVE2021